Wednesday, April 18, 2012

0 Isu Elaun Praktikal Di Agensi Kerajaan Telah Dipanjangkan Ke PPTIUSM

BOLEH MUAT TURUN SURAT INI DI LAMAN WEB INI: PADA BIL 10

Merujuk kepada surat yang bertarikh 24 Ogos 2011 dari pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, dengan tajuk "Elaun Bagi Pelajar Institut Pengajian Tinggi Yang Mengikuti Latihan Amali Di Agensi Kerajaan" telah menyatakan bahawa kerajaan meluluskan pemberian elaun kepada yang menjalani latihan amali di agensi kerajaan. 

Di bawah pekeliling ini, jelas menunjukkan bahawa mahasiswa yang menjalani latihan amali di agensi kerajaan layak menerima elaun bulanan sebanyak RM15.00 setiap hari selama tiga bulan (maksimum). Sebelum ini, mahasiswa yang menerima tajaan biasiswa JPA sahaja layak memohon untuk menerima tuntutan elaun praktikal tetapi dengan kehadiran surat pekeliling ini, kerajaan telah memansuhkan elaun yang diterima pelajar tajaan kerajaan dengan elaun layak bagi semua yang menjalani latihan amali di agensi kerajaan. 

Jadi, perkara ini saya telah panjangkan kepada pihak pentadbiran Pusat Pengajian Teknologi Industri USM bagi mewakili mahasiswa PPTIUSM khususnya. Hal ini kerana, mahasiswa PPTIUSM adalah diwajibkan menjalani latihan industri dan menjadi keperluan wajib untuk bergraduasi dan mungkin terdapat mahasiswa PPTIUSM yang akan memilih tempat agensi kerajaan untuk menjalani latihan industri.

Pemangku Timbalan Dekan Akademik PPTIUSM akan membawa perkara ini untuk dibincangkan bersama Dekan dan semua Tibalan Dekan PPTIUSM untuk menjelaskan perkara ini agar tidak terdapat kesalahan tafsiran di peringkat mahasiswa PPTIUSM yang akan menjalani latihan industri.

0 comments:

Post a Comment

 

Mohamad Iswandi Ishak Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates